Wednesday 28 December 2011

SOALAN LAZIM MENGENAI PRASEKOLAH


Soalan : Bagaimana hendak menggunakan wang baki Bantuan Makan Murid ?
Permohonan hendaklah dikemukakan ke Unit Pengurusan Prasekolah, Sektor Pengurusan Sekolah bagi mendapatkan kebenaran menggunakan wang baki tersebut 
Setiap permohonan mestilah menyatakan perincian pembelian bahan makan murid berdasarkan
i. surat siaran KP.1574/4/6/Jld.8 (33) bertarikh 30 Julai 2007 di para 2 menyatakan Bahagian Kewangan tiada halangan membenarkan pihak sekolah membelanjakan baki peruntukan tersebut bagi tujuan membekalkan makanan berkhasiat termasuk vitamin kepada murid prasekolah sahaja.
ii. J.Pend.Pk(Kew)3536/1/(38) bertarikh 3 Disember 2008 – Perkara 6 menyatakan Lebihan peruntukan Bantuan makanan Prasekolah boleh dibelanjakan untuk tujuan membekalkan makanan berkhasiat termasuk vitamin kepada murid prasekolah sahaja dengan cara membuat permohonan ke Jabatan Pelajaran Perak. Jika berlaku pengurangan murid melebihi 5% daripada bilangan murid sebenar, lebihan tersebut hendaklah dipulangkan ke Jabatan Pelajaran Perak.
.
Soalan : Bagaimana cara melaksanakan lawatan sambil belajar murid prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ?
Permohonan lawatan perlu mendapatkan kebenaran dari pihak Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing dengan disertakan Kertas Kerja Lawatan 
Pihak Unit Pengurusan Prasekolah hanya membantu menyediakan peruntukan sewaan bayaran perkhidmatan bas berpandukan kepada kadar sewaan bas yang dikeluarkan oleh Unit Kewangan, Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan mestilah disertakan dengan satu salinan kertas kerja lawatan yang diluluskan oleh PPD dan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh lawatan dijalankan. Permohonan yang lewat tidak akan dilayan.
.
Soalan : Bagaimana cara bagi menggantikan Pembantu Pengurusan Murid yang cuti bersalin /  yang bertukar dengan tiada pengganti / cuti sakit berpanjangan ?
Surat Permohonan hendaklah dikemukakan ke Unit Pengurusan Prasekolah, Sektor Pengurusan Sekolah bagi mendapatkan kelulusan dan surat tawaran 
Soalan : Adakah perlu dipulangkan lebihan peruntukan wang Bantuan Makanan Murid Prasekolah dan PCG bagi tahun-tahun semasa ?
Sekiranya berlaku pengurangan murid melebihi 5% daripada bilangan murid sebenar atau berbanding tahun asas tuntutan, lebihan tersebut hendaklah dipulangkan ke Unit Kewangan, Jabatan Pelajaran Perak sebelum 31 Julai tahun semasa. (Surat siaran : J.Pend.PK(kew)3164/Jld.lll (92) bertarikh 16 Mac 2004) 
.
Soalan : Bolehkah pihak sekolah membuat tuntutan pelarasan peruntukan bagi aktivti prasekolah
Tuntutan pelarasan bagi aktiviti prasekolah tidak dibenarkan merujuk kepada surat KP.1573/17/Jld. 14 (4) bertarikh 16 Oktober 2002 
Soalan : Sekolah manakah di negeri Perak yang mempunyai kelas prasekolah?
Senarai sekolah di negeri Perak yang mempunyai kelas 

No comments:

Post a Comment